Thursday, August 26, 2010

Wahai internet IPTHO

Wahai internet Iptho

kenapalah kau lembap cam tapir masuk marathon

kau telah menyusahkan ku

kau ibarat duri dalam daging

bile mase aq memerlukan kau

talian kau putus ibarat ditiup angin

kau telah membinasakan hidupku

dikala diri ini sibuk dengan assigment

patutkah kau DIMAKI DAN DICACI

wahai internet Iptho

bergerak lajulah kau ibarat angin taufan

janganlah kau menjadi siput babi

yang LEMBAP lagi x PRODUKTIF

janganlah kau disekat oleh anasir2 negatif

wahai internet IPTHO

AQ MASIH MEMERLUKAN KAU!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 25, 2010

Assigment oh Assigment!!!

Nyanyi lagu ni ikut irama lagu katak oh katak

Assigment oh Assigment!!!
kenapa kau semakin banyak
macam mana aq tak banyak
korang suke tangguh

Assigment oh Assigment
kenapa kau ditangguh
macam mana kami x tangguh
kami memang malas

Assigment oh Assigmnent
kenapa kami malas
macam mana kami x malas
hari-hari bukak fb

Assigment oh assigment
kenapa kami bukak fb
macam mana kami x bukak fb
kami banyak bosan

ASsigment oh assigment
kenapa kami bosan
macam mana kami x bosan
x bende nak dibuat

assigment oh assigment
kenapa x de bende nak dibuat
,macam mana kami x de bende nak buat
sebab kami x buat assigment

Assigment oh assigment
kenapa kami x buat assigment
memang kami macam gini
memang kami macam gini
memang kami macam gini
(ulang 3 kali)

moral of the song:DO YOUR ASSIGMENT!!!






Tuesday, August 24, 2010

LAtihan kebakaran

aduhhhh

baru nak lelap

plak tu ade latihan kebakaran

PUMAKILLA tol laaaa

lpas tu dgr lak ceramah bangang tgh malam2 bute

HOI SOK ADE KULIAH LAAAAA

drp cite MENARA KLCC pi ke cite sains laaaa

cite merepek jeeee

kpd rakan ku hazman harap bersabar terhadap ape yg berlaku tdi

huhuhu




EKSIDEN....

huhu dah lme je rse x update blog ni

hari ni tergerak nak update

ade satu sentence dalam fb yg wat aq tergelak

Haziq si pem'blogger' tegar... huhu


AQ NI blogger tegar ke hahahaah

baiklah hari ni aq nak cite psal insiden petang ramadhan

aq bsame HAZMAN AMINI DAH HAFIZOL KAMOK gi bazar ramadhan kt dataran penggaram

walaupon x beso tpi aq dpt bli nasi ambang,air KATIRA MANJALARA DAN AIR BANDUNG EXORA

LPS tu kami decide nak gi bazar kt pesta disebabkan kamok x jumpe mee goreng kt bazar penggaram tdi

bkn slalu bazar ade mee ke??? hahahahha

sampai je kt bazar pesta aq pon beli nasi lemak.

abg man lak bli roti jala dan karipap gergasi.

kami pon truskan perjalanan nak balik maktab

mse tghsyok tunggang motor suddenly abg man break moto tetiba

tetibe aq nampak air berwarna hijau meleleh dri motor

ADUHHHHHHHHHHHHH

AIR katira aq bocor.kami pon berhenti kt masjid

rupe2nye bkn air katira sahaja bocor tetapi air bandung dan air tembikai TERLIBAT SAMA DENGAN KECELAKAAN

TERSEBUT dah air tu dah ARWAH dan msuk dlm toong sampah.klu x pose tdi aq dah BAHAM makanan tu sume skali.

last kami decide gi bazar kt taman budaya.

aq pon beli air tebu dan air durian belanda


walaupon insiden itu berlaku,namun kami tetap BERBUKA PUASA DENGAN SENANG HATI

Friday, August 20, 2010

PANTUN 21 GURU MALAYSIA

KHAS UNTUK PERWIRA PENDIDIKAN NEGARA:

Melakukan kemungkaran berasa janggal
berbuat baik dan perintahnya kita taat
solat lima waktu tak pernah tinggal
itulah dia Ahmad aizat

Zikir munajat penawar hati
salah satu sunnah agama
badannya kecik mulutnya berhati-hati
berwaspadalah semua pada si akma

hendaklah kita sentiasa bersabar
aduhai raja ananda si radin
berbadan kecil berjiwa besar
si comel bernama a zainuddin

angin bertiup mendayu-dayu
lama-lama menjadi kencang
orangnya selalu berkebaya melayu
itulah dia shafinaz si kacang

bertutup mulut ketika sendawa
takut pula termasuk mata kail
orangnya selalu gelak ketawa
itulah dia hasiff ismail

usahlah dibiarkan diri merana
bergantung harap pada si umi
orangnya rajin lagi bijaksana
wahai ana si permaisuri kami

pantai cahaya sungguh indahnya
aman damai lagi permai
bola sepak itu hobinya
nama hafizi menjadi sanjungan ramai

sungguh merdu nyanyiannya
air putih tetap menjadi amal
duduk statik tiada geraknya
muka cina itulah akmal

naik perahu pergi ke sabah
naik bersama janganlah malu
orangnya kuat lagi tabah
senyum shazana sentiasa selalu


teman saya si abang zaman
pergi mengambil buah nenas
berbadan besar berjiwa taman
itulah dia si abang anas

tidak salah menanam anggur
kata ketua kampung hj pak mail
kampungnya terletak di punggur
si cantik manis aisha jasmil

nikmatnya minum air zam-zam
memori tercipta bagai dirakam
mulutnya bising bagaikan meriam
si hitam manis aduhai hakam

bunga melor berkembang mekar
harum baunya lagi warnanya terang
bapanya si persara askar
itulah shidah si wanita garang

Amalan jahat harap ditinggalkannya
amal baik jangan sesekali tertanggal
caci maki itulah hobinya
tangkak si tempat hazman tinggal

hendaknya adinda berhenti
di rumah sanak-saudara untuk beraya
orangnya diam baik hati
penduduk muadzam shah tempat diamnya suraya

jiwa terpaut hati terpaku
pecah kaca pecah cawan
orangnya pemalu suka gigit kuku
sudah berpunya terpahat di hati ikhwan

risau lagi hampir pitam
teringin jumpa sahabat pena
kesukaanya hanyalah hitam
tidak peduli kata orang itulah nana

hati hati di jalan tar
kalau jatuh sakit tidak terperi
hobinya bermain gitar
si azizi orang negeri

berfikir dalam alam maya
duduk di bawah pokok sena
mukanya layu tidak bermaya
efa tersenyum lelaki merana

kalau ada kubur tunjukkan di mana
pandulah ku di jalan yang terang
kepalanya penuh gundah-gulana
serabut menjadi milik nurliyana seorang


terangkan hati terangkan mata
supaya nanti tidak luka
wahai haziq kaulah permata
penghias semasa suka dan duka

hari-hari makan buah beragan
harap-harap tidak terkena getah
kata-kata itu menjadi pegangan
hanya KAMI YANG MENURUT PERINTAH