Friday, August 5, 2011
FENOMENA AWAL2 BULAN POSE
Thursday, August 4, 2011
Pengguna INTERNET EXPLORER
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.
p/s:sumpah aq rase INTERNET EXPLORER lagi susah daripada CHROME OR MOZILLA
Wednesday, August 3, 2011
Menu ramadhan (BUJANG version only)
bahan-bahan yang diperlukan
1 kotak kurma Yusof Taiyoob
1 mangkuk kunyit
3 kg daging lembu
1 sudu garam yang dicampur dengan gula
Alatan memasak (xkan nak memasak guna kaki ye x?)
RM10
1.Ambil kurma Yusuf Taiyoob tadi dan sedekahkan kepada rakan-rakan anda yang mungkin xpernah makan kurma
2. Simpan kunyit tadi ataupun berikan sahaja kepada mak anda untuk dibuat ikan goreng bersama cili. aum2
3.Daging lembu tadi sila masukkan ke dalam peti sejuk untuk menu di lain hari
4.Garam yang dicampur hendaklah dibuang saja sebab telah bercampur
5. Ambil RM10, pergi ke rumah rakan-rakan anda dan kirimlah pada mereka untuk dapatkan makanan malam anda.