Melakukan kemungkaran berasa janggal
berbuat baik dan perintahnya kita taat
solat lima waktu tak pernah tinggal
itulah dia Ahmad aizat
Zikir munajat penawar hati
salah satu sunnah agama
badannya kecik mulutnya berhati-hati
berwaspadalah semua pada si akma
hendaklah kita sentiasa bersabar
aduhai raja ananda si radin
berbadan kecil berjiwa besar
si comel bernama a zainuddin
angin bertiup mendayu-dayu
lama-lama menjadi kencang
orangnya selalu berkebaya melayu
itulah dia shafinaz si kacang
bertutup mulut ketika sendawa
takut pula termasuk mata kail
orangnya selalu gelak ketawa
itulah dia hasiff ismail
usahlah dibiarkan diri merana
bergantung harap pada si umi
orangnya rajin lagi bijaksana
wahai ana si permaisuri kami
pantai cahaya sungguh indahnya
aman damai lagi permai
bola sepak itu hobinya
nama hafizi menjadi sanjungan ramai
sungguh merdu nyanyiannya
air putih tetap menjadi amal
duduk statik tiada geraknya
muka cina itulah akmal
naik perahu pergi ke sabah
naik bersama janganlah malu
orangnya kuat lagi tabah
senyum shazana sentiasa selalu
teman saya si abang zaman
pergi mengambil buah nenas
berbadan besar berjiwa taman
itulah dia si abang anas
tidak salah menanam anggur
kata ketua kampung hj pak mail
kampungnya terletak di punggur
si cantik manis aisha jasmil
nikmatnya minum air zam-zam
memori tercipta bagai dirakam
mulutnya bising bagaikan meriam
si hitam manis aduhai hakam
bunga melor berkembang mekar
harum baunya lagi warnanya terang
bapanya si persara askar
itulah shidah si wanita garang
Amalan jahat harap ditinggalkannya
amal baik jangan sesekali tertanggal
caci maki itulah hobinya
tangkak si tempat hazman tinggal
hendaknya adinda berhenti
di rumah sanak-saudara untuk beraya
orangnya diam baik hati
penduduk muadzam shah tempat diamnya suraya
jiwa terpaut hati terpaku
pecah kaca pecah cawan
orangnya pemalu suka gigit kuku
sudah berpunya terpahat di hati ikhwan
risau lagi hampir pitam
teringin jumpa sahabat pena
kesukaanya hanyalah hitam
tidak peduli kata orang itulah nana
hati hati di jalan tar
kalau jatuh sakit tidak terperi
hobinya bermain gitar
si azizi orang negeri
berfikir dalam alam maya
duduk di bawah pokok sena
mukanya layu tidak bermaya
efa tersenyum lelaki merana
kalau ada kubur tunjukkan di mana
pandulah ku di jalan yang terang
kepalanya penuh gundah-gulana
serabut menjadi milik nurliyana seorang
terangkan hati terangkan mata
supaya nanti tidak luka
wahai haziq kaulah permata
penghias semasa suka dan duka
hari-hari makan buah beragan
harap-harap tidak terkena getah
kata-kata itu menjadi pegangan
hanya KAMI YANG MENURUT PERINTAH