Wednesday, January 5, 2011

kenali cara wanita berjalan

Ni khas buat lelaki yg sedang or ingin mcari wanita yg bakal menjadi suri di hati mereka.

Info mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu serba sedikit dlm pcarian anda itu...jom baca!!!

Berginjat

Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.

Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan

Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk(hahaha yg ni mungkin sy)

Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.

Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak

Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

Badan bergoyang

Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak

Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah

Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

lelaki seksi:di mata wanita

Nak kongsi info lg.....lelaki kat luar sana baca ni ha....!!!

WANITA tidak mampu mengenali 100 peratus karektor dan keperibadian lelaki.

Namun, melalui teknik penggayaan, penampilan dan cita rasa, ia dapat membantu menjejaki karektor lelaki seksi! Amati senarai di bawah, mungkinkah anda antara lelaki yang sedang diburu wanita?

Cita rasa memilih pakaian
- Tidak semestinya perlu bergaya hebat dan menyarungkan jenama mahal untuk kelihatan trendy. Bagi wanita, lelaki yang menitikberatkan soal kebersihan dan kemasan diri sudah cukup menampakkan imej seksi untuk membuatkan hati tertawan.

Tepati masa
- Memiliki jam tangan berjenama tetapi tidak menepati masa hanya menjatuhkan saham lelaki. Lelaki yang seksi menurut wanita ialah mereka yang bijak menguruskan masa dan paling utama menepati masa.

Bergaya sedikit ‘nakal’
- Sesetengah wanita lebih gemar lelaki yang bergaya santai. Percayalah, memilih denim, kemeja-T putih dengan sepasang but lebih macho dan seksi berbanding gaya konvensional ke pejabat. Lebih ‘nakal’ lebih seksi.

Karektor melalui warna
- Perhatikan rona warna pakaian, seluar, kasut mahupun stokin. Umumnya, wanita begitu tertarik dengan lelaki yang berani ‘bermain’ dengan warna. Semakin garang warna pilihan lelaki, bertambah seksi dan berani di mata wanita. Ayuh, bersedia melakukan transformasi gaya!

Memilih reka bentuk beg
- Mungkin sesetengah lelaki tidak mengendahkan soal beg sama ada kegunaan di pejabat mahupun ketika waktu santai. Awas, melalui pemilihan reka bentuk dan gaya beg ia mempengaruhi karektor diri lelaki. Apatah lagi, jika lelaki itu ialah seseorang yang ada cita rasa tatkala memilih jenama beg dan warnanya! Pastinya ramai gadis tertarik!

Menarik bukan.....so cubalah tawan gadis pujaan anda skrg!!!!

Rahsia tapak tangan

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.

“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.

Jom..kita tgk btl ke tak kajian yg dbuat ni.........baca & uji..hehehe.

Earth hand

Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.

Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.

Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand

Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.

Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.

Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand

Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.

Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.

Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand

Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.

Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.

Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.

p/s: Mcm tk de satu pun bkaitan..hahaha. Kena tgk btl2 ni.

rahsia mengenali lelaki melalui tubuh badan

Mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan. Walau bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai .Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .Warna kulit yang sangat putih tanda penyakit dan kekurangan darah .Selain dari itu melambangkan kelakuannya baik.

Rambut
Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna.

Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda berpengetahuan . Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya

Dahi
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

Mata
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manusia lain serta panjang umur.Mata yang kerap di kerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan.

Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnya serta penyayang.

Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat.Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

Gigi
Panjang dan besar tanda pendusta.sederhana tanda sempurna kelakuannya. Sempurna rapat tanda jujur.

Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya .

Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap tanda bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak.

Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya.

Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam.

Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani. Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat. Belikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjimak.

Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit . Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

Dada
Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melalkukan perkara jahat.

Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

Lengan
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

Tapak tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

Jari
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur.

Betis
Betis yang sederhana tanda sihat.

Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh.

Tumit
Tumit yang besar tanda sihat . Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.