Friday, January 28, 2011

jumaat lolll...

huh

x blik lagi

bersama blogger KEPADA BLOG AKU BERCERITA

round satu batu pahat

esok bru blik...

yg dlm perjalanan blik

hati2.....

Thursday, January 27, 2011

NASI LEMAK WET WORLD VS NASI LEMAK KAFE

NASI LEMAK WET WORLD:

A.mestilah sedap tnye blogger KEPADA BLOG AKU BERCERITA

b.nasi lembut

c.sambal sedap pedas n tapi manis(stail batu pahat)

d.ayam berempah


NASI LEMAK KAFE:

a.x sedap ko tnye lah BLOGGER KEPADA BLOG AKU BERCERITA

B.NASI keras nak mampos

c.sambal x payah cite x de rase

d.ayam mmg x de rempah rsenye

KESIMPULANNYA NASI LEMAK WET WORLD BERHARGA RM 3.50 tapi nasi lemak kafe cam nak beli KFC JOM JIMAT

Wednesday, January 26, 2011

TALI RAFIA VS KOLAR ANJING


hahah x de bende aq nak citekan tapi hanyalah luahan perasaan

bagi students IPTHO kite pon sedia maklum ade student KPLI ambilan tahun ni

mereka ni sume lepasan universiti

tapi yg sedihnya maktab ni wat diowg sume cam bebudak...

ade ke patut suruh pelajar pakai tag nama tali rafia n kertas sahaja

dah lah tu beso alam lak tu...

i think dog collar is better than that

wei agak2 lah x yah lak nak kedekut beli tag nama

diowg bayar ape daftar

ingat bebudak ke diowg ni

kesian gile......

Monday, January 24, 2011

AMALI TEKNOLOGI PEMBUATAN

Pehhhhh

hari ni mmg penat gile wat amali kayu

cam nak separauh mati!!

dengan habuk2 kayu yg mmg aq alah gile

ukuran sume dah lari

potong kayu belum wat lagi

tu blum lagi dgr bunyi mesin

seriously menyesal aq tgok cite SAW

terbayang2 darah yang memercik..

plak lps tu disambung dgn klas pTv

PEHH menulis jek

ok fine ptg ni aq ade klas kanak2

bai bai

AKU MASIH DARA


currently bru abis tgok AKU MASIH DARA

Overall x de lah teruk sgtlah

tapi byk sangat merepek spr

salah satu pelakon menunjukkan tuala wanita yg dye x mengandung

disgusting gilee!!!

mula2 ccam bosan jek cite tapi mse part ujung tu ok le

tapi x leh BEAT filem PISAU CUKUR..

Tpiyg agak bangang knape kne pakai tudung nak tutup LOVEBYTES

hahahhahah

aq tetap rse filem tu yg terbaik ckali dmsia

tapi AKU MASIH DARA is better than 2 ALAM

Sunday, January 23, 2011

RAHSIA PERUT..LELAKI

Bulat

Perut bulat dan agak buncit sedikit. Orang begini dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum dan pakaiannya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.

Buncit

Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.

Tinggi tajam

Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Orang begini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi.

Rata

Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana. Meskipun ramai yang suka atau inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas.



Saturday, January 22, 2011

RAHSIA TAHI LALAT

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn
melihat tanda pada
badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi
lalat. Sejauhmana
kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun
begitu, ia biasa
diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah
sekadar menambah
pengetahuan. bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak
pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
betis kanan - suka berhibur, boros
betis ! kiri - rajin, tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu
berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar
rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat
menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan suka - menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak
tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemliaan
pinggang kanan - sayang pada pas! angan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

More About : Rahsia Tahi Lalat

VOMIT....

aDuhh

rse x sedap badan lak

hari jumaat smlm aq bedal

MEE HOON SINGAPORE,MEE REBUS N NASI AYAM BERLADA

secara serentak

dah lame x makan banyak ni sbb tgh DIET

eSoknye lak rse x sedap badan

sbb HASIL smlm x kuar lagi...

aq makan tghari kt PERSERAI bersame blogger

KEPADA BLOG AKU BERCERITA

makan nasi beriyani

mse on the way balik

aq rse loya semacam

sampai kt blok

aq nak pi amik baju kt ampaian

tetiba AQ muntah

uwekkkkkkkk

rse pening menghingap kplae aq

rse sakit sgt kple

so aq decide utk TIDO

Friday, January 21, 2011

THE BEST GROUP ALBUM 2011

ALBUM TITLE:THE BEGINNING

RELEASED:2011

ARTIS:THE BLACK EYED PEAS

SINGLES:THE TIME IS DIRTY

JUST CAN GET ENOUGH


Blogger Comment:oh my dior,it is fucking awesome album....must listen all the track
it is better than THE END album.

rahsia tulisan tangan

rahsia tulisan anda

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.



Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)



ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper, Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah


ii. Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang


iii. Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah


iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan


b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi


ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah


iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Thursday, January 20, 2011

first step

today,

is my first step

to get 3.7

now, i am working om my first assigment

accompany by DESTINY CHIL'S SONG...

My first assigment is manufacturing...

it's really gives me headache

just working for the draft

hope everything going well

lolllllll......

RENGIT

huhu apa-apa hal pon slmt menyambut THAIPUSAM....

di hari ini yang mulia ini aq bersame memberku USTAZ DIN n Din bayam

decide nak gi RENGIT nak tgk raket squash

kami bertolak pada pukul 7.45 pagi

sampai kt cne dlm pukol 9.00

sblm tu kiteowg makan kt senggrang makan nasi lemak

huhu not bad laa

sesampai kt cne rupe-rupenye tu tempat orang asli

barang-barang dijual secara lelong

banyak kedai x buka lagi....

barang yang dicari x jumpa lagi

memberku dah beli macam2 dah

aq jek x beli ape2

sbb aq just nak beli raket jek

bende lain aq x amik pot pon

balik dlm pukul 12.00 tghari

kiteowg makan kt F1

jumpa member lai cam nizam,ijat,wadi n tesco

lps tu trus menuju ke maktab

Wednesday, January 19, 2011

Dull day.....

-ok hari aq dimulakan dgn q tido lambat disebabkan gangguan ASING yg x paham bahasa
-mlm tadi dgr bunyi owg makan kuaci bersepah kt atap bilik aq...damn it
-aq bgun pagi dgn mata mengantuk
-pi klas kanak2 omg bosan dan lapar gileee slme 2 jam
-lps tu klas GERKO yg aq rse lecturer tu atau kiteowg yang salah masuk klas sbb aq rse cam masuk klas motivasi lak ....waste my time for a hours
-makan kt kafe...harge bersamaan set JOM JIMAT KFC.....
-ptg turu riadah sgtlah PANAS...
-COURT tenis n squash penuh gileee
-MLm pening ngan tajuk presentation TITAS.....suck gile
-lps tu jam2 berikutnya sgt membosaNKAN

Monday, January 17, 2011

PILIHAN ALBUM BAND TERBAIK 2011

artis:MY CHEMICAL ROMANCE

genre:ALTERNATIVE ROCK

tarikh pelancaran:19 November 2010

singles: NA NA NA

THE ONLY HOPE IOS FOR YOU

SING

Komen:album ni yang paling panas antara band......should listen it.

Gred:A+

ISL

Ape itu ISL?

baGi student PISMP msti dah tahu

aq pon bru sem 1 sblum ni PPISMP x de ISL

TAPI Ape kate kite senaraikan 10 perkara yang dibuat dlm ISL:

a.ulang kaji(x mungkin berlaku)

b.gi library(klu rse perlu)

c.makan(sudah tentu)

d.berfacebook(bagi yg ade broadband)

e.tidur(x leh dipertikai)

f.kluar outing(klu ISL petang)

g.main kad poker(bdk laki punye keje)

h.main farmville(ni yg ade broadband)

i.BLOGGING(cam knal jek)

j.x tahu nak wat ape(rata2 plajar IPTHO)

Sunday, January 16, 2011

pilihan album terbaik 2011

tajuk album:TEENAGE DREAM

artis:KATY PERRY

genre;pop

single: california girl

teenage dream

firework

E.T

p/s:sesiape yg ingin mndapatkan album pnuh bleh mintak ngan saya

Gred:A+++

fakta kelakar gile!!

>>Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.


>>Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.


>>Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut
ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau
udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez
yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin
yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud
ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.


>>Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar
kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi
adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi
tentunya besarnya juga tidak sama.


>>Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.


>>Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


>>Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.


>>Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.


>>Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.


>>Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.


>>Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu
kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana
kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah
membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.


>>Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


>>Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak
sembahyang tiada gunanya...:P

DO I CARE?

Do i care about HER?

Do i never care about HER?

Will I care about HER?

Do i share to show care about HER?

do i have to care about HER?

dO i have Enough care about HER?

just CARE abouT HER is not enough.....

ORANG TERHEBAT :DR MAHATHIR

Biodata

Nama penuh;MOHAMAD BIN MAHATHIR

Tarikh lahir:1o JULAI 1925

Gelaran:BAPA PEMODENAN

jasa:KLIA,SEPANG,KLCC dan lain2

Komen blogger:

Beliau seorang yang hebat kerana membawa banyak perubahan di msia.walaupon ade yang kt dye nyanyuk tetapi lihatlah pembangunan malaysia sekarang.......walaupon dah bersara tetapi masih bergiat aktif...tak macam ade ahli politik yang tahu pakai serban sajek tapi negeri sendiri x maju2 ..




Saturday, January 15, 2011

warkah politik 1997

WARKAH KERAMAT BUAT TUN DR. MAHATHIR ,TAHUN 1997 YG DI TULIS OLEH UMMI HAFILDA ALI ........Selamat Tahun Baru,Moga Rahmat Datang Mencurah-curah kepada kita dan negara.Amin......SEMBOYAN TELAH BERBUNYI MENUJU MEDAN BAKTI......

























UMMI HAFILDA GO GO GO!!!
SUMBER:BLOG SRIKANDI 7

SAYA benci OKU

Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.

"Tak mampu," kata mereka.

Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.

Merungut lebat, kerjanya lambat.

Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempur

Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!

Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?

Sabar, sabar, sabar dulu...

OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.

OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.

Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?

Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.

* OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!


sEksinya seorang LELAKI

Bagaimana pula pendapat wanita mengenai keseksian seorang lelaki? Dimana letaknya seksi seorang lelaki?

  • Adakah pada otot dadanya yang bidang?
  • Adakah pada bahunya yang lebar?
  • Adakah pada warna kulitnya?
  • Adakah pada ketinggiannya?
  • Adakah pada tebal kumisnya?

Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai tall, dark and handsome, hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap female spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan untuk menjaga keluarga.

Disebalik pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik (harta, keturunan, cantik dan beragama) seharusnya kita menilai pesanan itu dari sudut yang realistik bukan romantik. Zaman ini, amat sukar kita terutama para wanita menilai secara fizikal sama ada seorang lelaki itu menepati kriteri pasangan terbaik berdasarkan hadis Rasullah s.a.w itu.

Namun, pada pendapat saya, sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:

  • Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
  • Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
  • Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
  • Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan

Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah nerd, geek atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh wanita bujang di Malaysia menyeru supaya lebih ramai lelaki bujang berusaha untuk jadi lebih rajin. Apabila anda rajin, anda tidak rugi ;)

lIfe

Everyone thinks that i had all

but it;s so empty living behind this life

if i should tumble if is should fall

would anyone hear me screaming behind this life

i just smile if i fall behind this life

i will locked my smile in my dimensions

even it is not real ones

from the bad kids to a great man

compromise with conflict

living made from stone

they say money is freedom but i feel trapped inside at all

on the of the world is beautiful

i should not fall

Sabtu yang membosankan

fine.....nilah bende yang aq wat utk ari nie

a.bgun pagi pukul 12.30..dah kire pagi keee??

b.pi makan di kafe...lauk telor goreng,sayur sawi n fish ball n milo ais RM 4.4O ngee mahal cam nak mampos

c.sambung wat kje ELP n kanak2 BOsan gileee.

d.dlm pukol 3 ptg pi main squash sampai pkol 5....adelah jgk menang

e.makan maggie perisa cendawan yang tersalah beli di koperasi

f.syahid atas katil

h.pi mandi lps bangun

i.taip blog xtahu nak tulis ape

j.beri CADANGAN NAK WAT APE?

Friday, January 14, 2011

BAttle of THE day

huhhhh

pnat tadi bru main squash

terpakse main malam sbb ptg HUJAN LEBAT

HARI ni just nak ulas battle squash tadi sje jek

latih diri jadi pembaca berita sukan

oklah set pertama terpaksa aq mengalah dengan keputusan 11-0..

keh keh dah lame x kne belasah ngan gitu teruk skali

tapi jgn anggap aq kalah kosong sbb aq tgh analyze die punye game n taktik

kisah set ke-2 plak aq mendapat rentak berjaya mendekatkan mata walaupon kalah 11-9

berjaya watr dye silap menerusi taktik aq serta serve yang baik

set ketiga lak aq still kalah tapi x seteruk set ke-2 iaitu 11-7

at least tak kne belasah......

x banyak careless mistake just aq cume amatur n dye pro

hehe................................

BORN THIS WAY

IM beautiful in my way

because God makes no mistakes

im on the right track

I WAS BORN THIS WAY

Dont hide urself in regret

just love urself and ur set

im on the right track

because I WAS BORN THIS WAY

Born to appreciate peoples

Born to sacrifice everything

im on the right track

because I WAS BORN THIS WAY

born like Alice

Born to fantasize

IM on the right track

Because I WAS BORN THIS WAY

born like a UNICORN

Born is holy magical

im on the right track

nobody can deny it

I WAS BORN THIS WAY

Thursday, January 13, 2011

SEMALAM

Semalam

mmg hari yang menyakitkan hati

fb dan blog x leh bukak

disebabkan KEKURAAN internet berlari

smlm mnjadi hari yang membosankan

nasib baik smlm aq pinjam hard disk member

tgok vampire diares...

layannnnnnn


seram sjuk ngak tgok sensorang

terbayang ade owg gigit tengkuk aq.....

citenye NOT BAD laaa

heroin boleh tahan laaa

yang musykil org jahat lagi handsome drp hero..

keh keh keh

tapi x leh lawan gandingan ROBERT PATTINSON,KRISTEN STEWART N TAYLOR LAUTNER...

dah lah aq nak sambung tgok NARUTO PLAK...

bye bye




Monday, January 10, 2011

insiden ari ni.....

huhhh

ari ni banyak btol kejadian berlaku

apepon aq rse gumbira sok cuti

oh yeahhhhhh

first insiden melibatkan bdk batch aq ilang motor

disangka hilang ropenye junior salah amik moto

rase nak berdekah

satu maktab cari moto yg kononya dikatakan ilang......

second insiden mase amik tempahan makanan kt peserai

rse cuak apabila beberapa owg bergaduh

ingat owg gile mengamuk

hahhaha....

tu je la nak cite

lps ni ade perjumpaan blok

ok

chowwwww

Sunday, January 9, 2011

word of the day 2

Don't hide yourself in regret,


just love yourself and you're set.



I'm on the right track baby,


I was Born This Way.

AJL 25

hahhahha

xde kne mengena aq wat post psal nihhhhh

nasib baik aq x abis masa tgok crap programme

last last yg menang bitch yang pakai kebaya sambil main gitar

drp dye baik aq dgr lagu britney ke,linkin park ke

msti ramai terguling tgok idola masing2 kalah

klu setakat show dalam penjara artis barat dah banyak buat.....

nasib baik siti wat persembahan malam tuhhh

apehal siti nurhaliza still the best

singer mlayu lain aq x amik pot....

lady gaga,mcr,muse dan lain2

cume aq kecewa adibah noor x terpilih masuk final

padahal lagu n suare dye mmg bleh gi jauh......

cintan-cintun...

hmmmm

rse malam ni cam boring jek

nak wat presenattion rse malas jek

nak tgok AJL dah lme x minat lgu melayu

kecewa adibah noor xm msuk final

keh keh keh.....

ari ni rse nak cite tentang cintun

adekah hormon testerone aq x stabil??

dah 4 sem aq duk cnie...

dah rmai member aq dah kapel

ade ngan bdk klas ade ngan klas lain

tahniah aq ucapkan

tapi aq dah berpunye ke?

exactly not okay

aq still single mingle

lagipon rse freedom hidup membujang

x de kongkongan bleh ckp ngan pompuan mne pon...

hmm agaknye diowg kapel sbb cinta atau cukup syarat sebagai seorang remaja

nanti dah break out last women will cry tapi laki x heheh

especially bile bunting!!

haha agak merepek dcie

apepon slmt berbahagia kpd yang berkapel...



Saturday, January 8, 2011

frenz and enemies....gf......bf....watever...

1306 SEorang blogger sblh bilik aq.orgnya suke dgr indie.Suke panggila aq GAY
celaka tol.....loghat jawa sangat pekat
terkedu bila blnja cendol
orgnya dah berpunye..


1560 org yg paling aq benci kt maktab ni.sblah bilik jek.
teman skolah lama merangkap musuh
makwe dye senior....
bajet handsome..

7777 best frenz aq.suke mencarut
x sah klu satu ari x mencarut
badan besar dan berhati taman
asyik makan jek kerjanya

4560 aq rse minat kt sorang pompuan tapiiiiiii
ramai org rebut
agak hesitate untuk meneruskan hubungan
lolllll


KUliah MinGGU pertama.....

hmmmm

ari ni nak rumuskan ape yg berlaku sepanjang minggu pertama kuliah

hari isni dimulakan dengan hari orientasi yg MEMBORINGKAN

tapi kecut jgk perut bila dgr pasal BIG n PRAKTIKUM.....

hari kedua dimulakan dgn klas KAYU....

asyik kje mengemas jek ngan org tua tu heheh

lps tu klas faveret lecture aq iaitu EN ISMAIL yg chubby tu...

hahah rse nak pecah prut ngan gelagat dye

hari rabu dimulakan dgn klas PERKEMBANGAN KANAK2

wlaupon lecturer nya agak MEMBOSANKAN tapi beliau seorang yg lemah lembut...

lps tu subjek FALSAFAH PENDIDIKAN dgn EN MAHAT

tpi bleh tahan jgk owg tua tu cerewet... arahan nya berbelit2

hari jumaat plak ade SUBJEK TAMADUN ngan en ibrahim

NI Lgi stu rse nak glak jek dlm klas dye.....

tetibe diceritakan bahawa dlm jadual x de ENGLISH N KOKURIKULUM

aduhhh tensennya.....




Friday, January 7, 2011

2O SEBAB LELAKI X KAWIN LAGI...

for gurlz n sape ader kawan laki tahulah nape diorang xnk kawen...

1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Rahsia cara makan

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

RAHSIA WAJAH

Di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai diri melalui wajah anda. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul pun, mungkin secara kebetulan je..

DAHI

Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?
Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal..

Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?
Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.


TELINGA

Telinga anda jabing?
Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.

Telinga anda runcing?
Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.


CUPING TELINGA

Kerut tegak di cuping telinga anda?
Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.

Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?
Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.


BULU KENING

Bulu kening anda bertemu di tengah?
Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?
Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.


MATA

Mata anda berdekatan satu sama lain?
Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata anda berjauhan satu sama lain?
Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata anda ke dalam?
Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata anda tersembul?
Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.


HIDUNG

Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?
Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?
Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.


MULUT

Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?
Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?
Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.


GIGI

Berada ruangan di antara gigi depan anda?
Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?
Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.


DAGU

Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.

TAHI LALAT

Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.

Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.

Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan.

Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.

Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.

Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.

Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.

Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.

Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.

Di mulut: Seksualiti anda tinggi dan anda mempunyai keberahian sensual kuat.

Di lipat paha di sebelah kanan: Anda boleh menjadi kaya tetapi harus jaga kesihatan anda.

Di lipat paha di sebelah kiri: Anda harus jaga kesihatan anda, kerana anda sering sahaja sakit.

Di pungggung: Anda perlu bercita-cita tinggi. Hidup anda terumbang-ambing. Jangan selalu bergantung kepada bantuan daripada orang lain.

Di puting: Anda tidak tetap hati dan tidak setia pada kekasih!