Saturday, March 5, 2011

SURAT CINTA BUDAK RBT

Aku : Kasihku, ketahanan cintaku padamu ialah KEKERASAN MDF. Masihkah kau tidak membuat

sebarang ukuran??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas KAYU dengan air

Aku : Kau jangan salah ertikan kesudutan 90 darjah garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi SERBUK KAYU dan bukannya

PAPAN LAPIS.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu IBARAT ARUS ELEKTRIK YANG MENGALIR LAJU.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah GERAKAN BENDALIR DALAM HIDRAULIK.

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan ibarat kau REKA CIPTA.

Aku : Tapi, aku mengamalkan HUKUM KESELAMATAN DALAM BENGKEL di mana tindak balas cintaku akan sentiasa selamat cinta yg kau

berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'POKOK BUNGA ROS' yg mempunyai janji-janji manis yg

bergerak yang tajam.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses PEMOTONGAN DAN PENCANTUMAN.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan ibarat LUKISAN AUTOCAD?

Aku: Aku harus menggunakan JAHITAM SILANG PARI untuk mengurangkan rintangan itu

Mu: Adakah kita akan berpadu secara TEKNIKAL?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat melalui kesuburan cinta ibarat melalui proses FOTOSINTESIS.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih KERAS dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan KEMASAN untuk

menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam UKURAN DAN PANJANGnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk PROTOTAIP.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah

tempoh perkahwinan kita harus mengalami proses PELICINAN

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah semampat MOUNTING BOARD

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau semampat itui kerana kau blum diretakkan dengan TUKUL BESI WARRINGTON

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila darahku mengelegak seperti MINYAK MASAK, kau jugak yg susah

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami PROSES JAHITAN.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau KAYU, tetapi rupa-rupanya kau KACA. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... .. "