Wednesday, May 25, 2011
sem 1 is so great.......
Saturday, May 21, 2011
Thursday, May 19, 2011
Hey lelaki!!!
Bile pompuan bagi alasan......
Tuesday, May 17, 2011
the most beautiful women
sorry....
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya nak buat pengakuan. Yes, a confession. Saya banyak bersalah dengan rakyat Malaysia. Why? Saya ni pelajar tajaan JPA. Hidup di Jepun ni memang menuntut pengorbanan yang tinggi (read: pengorbanan duit). Menurut Yahoo Finance (as I write this entry), tukaran matawang Ringgit Malaysia ke Yen adalah RM3.85=100¥. Bagi yang pernah ke Jepun, mesti tahu betapa rendahya nilai 100 yen itu. Apa yang anda boleh dapat dengan 100yen? Sebotol air tin. Ataupun seketul onigiri (nasi kepal berinti). Apa yang korang boleh dapat dengan nilai RM3.80 kat Malaysia? Ye betul. Nasi ayam, nasi lemak, nasi lalalalala. Just name it! Full sepinggan lagi. fuhh…memang rindu la Malaysia. Sedih jadi perantau di negeri orang ni tau.
Why I say sorry to all rakyat Malaysia? Sebab everytime I went shopping, makan luar, jalan2 and everything, I spent a lot of money. Kadang2 ada terfikir jugak. Ni semua duit rakyat2 Malaysia yang bayar cukai. Aku pulak sesedap hati je belanja2 ni. Ada benda penting, ada jugak benda yang kurang pentingnya. Makanan? Perut WAJIB diisi.
We Homo-sapiens always forget. Masa tengah sakan shopping, tak pulak aku ingat wajah2 rakyat Malaysia yang membanting tulang beberapa puluh keratitu, untuk mencari beberapa pinggan nasi. But then, bila balik tengok resit2, timbul rasa kesal di hati. “Kenapalah aku ni boros sangat..haih..“. Sekarang ni musim sejuk. As a typical Malaysian yang belum pernah tengok salji natural (besides Genting’s man-made snow), we feel excited to try winter sports yang sememangnya tiada di Malaysia. So, dengan niat to learn something new, I bought my 1st snowboard and it’s accessories (second-hand je). Berapa total semuanya? Taknak bagitau. Nanti lagi la kena sumpah dengan rakyat Malaysia. Tak berkat ilmu aku nanti.
Travel? Yes, I travel a lot in Japan. Aku jenis tak kisah tentang duit kalau nak jalan2 mana2. So far, aku sudah berjaya menawan kepulauan Hokkaido dalam masa 5 hari. And what I proud the most is, I’ve been to the northern-most point in Japan, Cape Soya. Bestkan? Did I care how much I spend for that trip? Yes I did but only how much left in my account. But honestly, tak pernah terfikir pun tentang duit rakyat.
Speaking of spending Malaysian’s money, ada beberapa perkara yang dah lama terbuku di hati ni. Let me tell you some reality of our so-called nation’s hopewho were sent abroad for study under scholarship support. We receive about 132,000yen (about RM5000+) every month, enough to buy a car after a year. Believe it or not, ada kawan2 saya yang tiada kalkulator untuk kelas matematik or fizik. Where did they spend their money? Football, soccer, futsal, electric-guitar. Just name it. Rage? That’s just nothing. Ponteng kelas? Adat la tu brother!. Exam? Kami ada talian hayat masing2. Ada juga yang membela “toyol”. Bukan untuk curi duit. Tapi untuk membantu jawab soalan dengan lancar. Yes, some of government-sponsored student memang genius. That’s why ada yang lulus dengan cemerlang, walaupun tak datang kelas. Why don’t you test your own abilities? How much do you understand what you’ve learnt. “Alah, janji lulus, grad, balik Malaysia, tak payah bayar hutang dengan JPA sudah.“
Erti TOLONG MENOLONG? Ada student begitu utuh jalinan ukhuwwah sesama mereka.
“Bro, apsal tak datang klas?”
“Sakit kepala la. Tolong tanda attendance untuk aku ok?”
“No hal la. Kita sesama kita kena saling tolong menolong. Apa guna member ye tak?”
Dialog diatas adalah amalan sesetengah pelajar di Jepun ni. Geram? Belum habis lagi. Antara kod dan etika sebagai pelajar JPA ni, perlu sentiasa KEMAS PENAMPILAN DIRI. Bagaimana student kita menterjemah ayat tersebut? Seluar, baju, jam tangan mesti branded. Tak main la Adibas ni.lols. Minyak rambut kena GATSBY. Wallet mesti genuine-leather. Kasut? Mesti la tukar ikut musim..Handset? Tak pandang la flip-flop ke, slide-phone ke. “We all guna iPhone la“.”Follow trend la brader“. Rambut? Sebaiknya panjang dan lebih afdhal, keperang-perangan sikit. Belah tengah? Out-of-date already maaa…Siapa idol kami? Artis jepun dan korea laaa..Baru stail. Rokok di Jepun tahun ni 300yen. Tahun depan 600yen. Memang daring kerajaan jepun. Berani kerajaan Malaysia naikkan harga rokok sekali ganda? Silap-silap boleh jadi perang saudara. Tapi, our intan payung mak ayah, harapan nusa bangsa ni tinggi semangat juang mereka. Thanks to BTN. “Menyerah kalah (read:stop smoking) takde dalam kamus hidup aku!“. Well, berhenti merokok tidak sekali. Menyerah kalah (tanpa usaha) kepada pelajar2 Jepun is OK. “Kita kan student asing. Mesti dia faham kita ada problem bahasa Jepun“. To HELL! Apa guna habiskan masa 2 tahun prepare kat Malaysia sebelum korang fly?
Maybe most of us lupa what we’ve went through during SPM dulu. Masa tu, cukup takut nak lawan cakap cikgu. Zaman kritikal. “Tak lepas SPM ni habisla aku!“. Yes, mentality of some typical Malays. Habis SPM, gelap-gelitalah masa depan (konon). Bila berjaya sampai ke universiti seberang laut ni, lupa apa itu BERKAT. Agak2 la, bila kita berjaya graduate dengan segulung degree (read:mock degree), berjaya cari kerja, kahwin, dapat anak (or beranak), halal dan berkat ke rezeki yang kita dapat dengan hasil bawa nota time exam,when we still a student dulu? God knows better.
Sorry once again to all Malaysian. Now is winter so I used heater a lot, take a hot shower, and all that costs money rite? One more thing, sejuk2 ni untuk mengekalkan suhu badan pada tahap optimum, banyak tenaga yang diperlukan. Jadi, kuantiti makanan makanan memang berkadar songsang dengan suhu. lols. Saya minta maaf dari hujung uban sampai hujung kuku kaki. Sekian, terima kasih.
Monday, May 16, 2011
Sebab photographer x amik gambar sendiri
Sunday, May 15, 2011
equation ....
SELAMAT HARI GURU
Thursday, May 12, 2011
boxer n pompuan
how many times huhhh!!
ni dye playlist paling kerap aq mainkan mengikut berapa kali berdasarkan ITUNES AND
Wednesday, May 11, 2011
Pilihanraya jpp sesi 2011/2013
Tuesday, May 10, 2011
hey korang sume!!!
Mpop......YUCKSSSS
Monday, May 9, 2011
OMF!!!!
MADAH PUJANGGA
Saturday, May 7, 2011
CUN
AKU BENCI HASRY!!!
petua penjagaan tubuh badan
Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
- Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
- Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
- Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
- Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
- Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
- Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
- Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
- Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
- Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
- Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
- Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
- Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
- Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
- Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
- Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
- Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
- Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
- Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
- Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
- Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
- Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
- Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
- Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
- Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
- Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
- Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
- Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
- Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
- Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
- Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
- Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
- Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
- Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
- Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
- Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
- Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
- Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
- Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
- Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
- Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
- Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
- Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
- Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
- Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.
Friday, May 6, 2011
damainya malaysia vs deritanya palestin
.huhu ni rumusan yg dapat aq buat mengenai betapa DAMAINYA malaysia dan