Tuesday, July 24, 2012

Tips berbuka puasa :)

1. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. 


2Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.


3.5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yoghurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu. Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda. 

4.Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam. 

5.Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.


nota cakar: SELAMAT DATANG RAMADHAN

Sunday, July 15, 2012

PENGARAH AWARD

     Pada minggu lepas berlangsungnya anugerah PENGARAH atau di u dikenali sebagai anugerah

dekan.ISTIMEWANYA anugerah ini yang dapat 3.8 ke atas dalam exam sebelum2 ni.Berbeza dengan

anugerah dekan hanya utk 3.5 ke atas sahaja.Justeru itu,standardnya lebih tinggi daripada universiti.Lebih

300 orang guru pelatih IPTHO yang dapat anugerah ini.Hal ini menunjukkan beberapa petunjuk:

-Guru pelatih semakin berkualiti dari segi pengetahuan
-Soalan peperiksaan mungkin terlalu senang dan mudah arasnya
-Mungkin lebih kreatif belajar saat2 akhir

Apa -apa sahaja kemungkinan atau petunjuk tidak perlu diambil kira.........kerana itu memang rezeki

daripada ALLAH kepada hambanya.Mengucapkan berbanyak-banyak CONGRATZ kepada 13 orang

budak opsyen aq yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas dewan IPTHO ini.Bukan senang2 atau Calang2

orang boleh naik ke pentas IPTHO tu.aq pon dah 4 tahun x naik pentas utk amik hadiah untuk akademik.

semoga anugerah ini dapat menaikkan semangat dan motivasi aq utk terus berjaya....kepada yang x dapat x

semestinya  anda gagal tetapi bole berusaha lagi.KERANA ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN

ORANG YANG GAGAL.

nOTA CAKAR: nyampah aq pakai kot.....