Friday, January 7, 2011

Dunia lelaki part 2:TARIKH LAHIR

Capricorn (23 Disember -20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu
berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah
dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis
pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya
hingga bertahun-tahun. Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia
mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa
dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika
dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh
cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu.
Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia
lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.

Aquarius (21 Januari - 19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap
intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak
mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang
panjang. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang
menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan
agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak
suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia
agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari
segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang
bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai
mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak
suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya. Hidupnya suka
menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan
perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan,
menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi
membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan
ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia
adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta
menghiburkan.

Aries (21 Mac - 20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan
dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah
.Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain
menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul
tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam
hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas
baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup
keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup
menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati,
mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia
selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus (21 April - 20 Mei)
Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau
melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin
seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa.
Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia
menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita. Dia juga adalah
lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah
arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan,
begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil
risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan
perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah
yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih
pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan.
Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan
yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.

Gemini (21 Mei - 21 Jun)
Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia
seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia
pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia
berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan
hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam
dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya. Dia suka kepada luahan
emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia
bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta,
dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal
adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orangnya: Segak,Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan
kemewahan..tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya…nanti habis duit
dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis,
kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut.
Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang
ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain.
Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi
pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan
sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin
menyebabkan pasangannya merasa bertuah. Namun sikap yang paling tidak
digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini
juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat
dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah
penat bekerja.

Virgo (24 Ogos - 23 September)
Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak
lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak
sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki
yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu
mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan
mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di
dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh
membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan
kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk
mengakui kesilapan diri sendiri.

Libra (24 September - 23 Oktober)
Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan
sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan
seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar
tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang
lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan
kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan.
Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu
yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan
pasangan yang tidak sesuai. Walaupun dia lelaki popular di kalangan
wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang
mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa
dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia
biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula
dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak
wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang
dianggap penting.

Scorpio (24 Oktober - 22 November)
Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana.
Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama
ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia
akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia
kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat
menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan
berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas
dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam
perhubungan.

Sagitarius (23 November - 22 Disember)
Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar
berfoya-foya. Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah
bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke
tempat-tempat yang menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian
yang kasual dan longgar. Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak
berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian. Lelaki ini suka jika dapat
berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. Tapi dia tidak suka
terikat dalam masa yang panjang.


BLOGGER p/s:aku berbintang sagitarius...rse ade certain things yg betul n ade yg salah terutama bab JUDI

No comments:

Post a Comment