Tuesday, February 22, 2011

BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidkatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau meneankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek.

Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

No comments:

Post a Comment