Tuesday, November 2, 2010

pERibahasa bahagian 2

1. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.

2. Habis madu sepah dikitar semula.

3. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.

4. Harapkan kawan, kawan tak boleh harap.

5. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

6. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

7. Hidup segan mati ditanam.

8. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.

9. Jauh di mata sakit di hati.

10. Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.(beli le pukat tunda lagi baik)

11. Kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi.

12. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

13. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

14. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

15. Makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap.

16. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung.

17. Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.

18. Pandu cermat, jiwa Kassim Selamat.

19. Patah tumbuh hilang report polis.

20. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon.

21. Sambil menyelam tengok kapal selam.

22. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis air kotak irwan.

23. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.

24. Sehari selembar benang lama-lama benang habis.

25. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.

26. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

27. Sudah gaharu cendana pula, sudah digaru gatal pula.

28. Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian ditimpa bendul, kemudian ditimpa rumah, kemudian ...

29. Waktu kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan, bila tua penyakit sawan.

peNAT tau aq reka.......

Tiada rotan, pelempang berguna juga

Biar lambat asalkan tak lembap

Biar putih tulang, jangan kuning gigi

Di mana ada roka di situ ade apollo abg man

Carik-Carik Bulu Ayam, lama-lama jadi shuttlecock..

Harapkan Pagar, Pagar Memang tidak Boleh Di Harap

Alang-alang mandi biar guna sabun LUX

Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang TERASE CIRIT

Ikut hati mati, ikut rasa merase..

Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau nak mengail di laut..

Membujur lalu melintang pukang

Sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut licin sebelangga

Kecil-kecil AYAM KATEK, kecil lagi AYAM GORENG KAFE

kalau sudi kata sudi,kalau tak sudi boleh jalan..

CUPID SENDS ARROW FROM ABOVE...

12
Anda berbual dengan si dia hingga lewat malam melalui panggilan telefon atau bersembang di Internet dan apabila anda hendak tidur, anda masih teringat akan dirinya. Lantas anda tersenyum sendirian.

11
Anda melangkah perlahan apabila berjalan bergandingan dengan si dia

10
Anda berasa resah gelisah serba tak kena apabila si dia berada jauh dari mata.(namun masih kekal dan intim di hati)

9
Anda tersenyum apabila mendengar suaranya (walaupun hanya di dalam telefon)

8
Apabila anda terpandang raut wajahnya, anda tidak melihat orang lain yang turut berada di sekeliling anda. Hanya dia sahaja di mata anda tika itu.

6
Anda sentiasa memikirkan tentang dirinya setiap masa. Sampaikan di dalam tandas pun anda memikirnya..he he he

5
Anda menundukkan wajah setiap kali bertembung denganya seolah-olah anda malu tetapi dalam masa yang sama, anda ingin menatap wajahnya,...Alangkah keliru keliri keluru di buatnya...

4
Apabila si dia melemparkan senyuman pada anda (biarpun tidak menegur anda) terase betapa indahnya perasaan itu. Sukar untuk di ungkap melalui kata-kata. Anda terpana dengan senyuman itu dan ia terus melekap erat di hati anda..

3
Apabila anda membaca kenyataan ini, anda terus mengakui ada seseorang yang sedang bertakhta di ruang pemikiran dan hati anda..

2
Anda terlalu sibuk memikirkan perihal si dia hinggakan lansung tidak menyedari kenyataan TUJUH tidak dinyatakan

1
Anda perlu kembali ke kenyataan 12 dan mula membaca satu per satu kenyataan ini. Jika benar terkena pada batang idung sendiri, mulakan langkah anda untuk menawan hati si dia. Sekaligus memastikan si dia menjadi hak milik anda abadi..



bolEH jadi SI DIA.....

1
Dia adalah orang yang membuatkan anda tertarik kepadanya walau pun pada pertemuan pertama

2
Dia adalah orang yang membuatkan anda tenang dan selesa bila bersama.

3
Dia dapat menerima anda seadanya biar pun mungkin anda mempunyai rahsia sejarah silam

4
Dia tidak membuatkan anda bosan, malah sering bersama-sama dalam melakukan pelbagai aktiviti mengisi masa terluang.

5
Dia adalah orang yang cukup sesuai untuk anda ajak berbicara dari hati ke hati.

6
Terkadanganda berdua memikirkan hal yang sama pada waktu yang sama.

7
Anda dan si dia saling dapat mengetahui apa yang disukai dan tidak dengan cepat. Walau pun belum mengenal lebih jauh atau lama, tetapi anda dan dia pantas mendalami hati masing-masing, seumpama sudah lama mengenali antara satu sama lain.

TEka TEki kelakar cam PUAKE

Soalan 1 :Kenapa Amerika takut pada Jepun ..
Jawapan :Sebab Jepun ade Ultraman

Soalan 2 :Dalam banyak-banyak pokok,pokok ape paling tinggi?
Jawapan : Pokok atas gunung daaa...

Soalan 3 :Ada seorang budak, tinggal di rumah flat. Rumahnya terletak di tingkat 10. Tiap-tiap hari budak tu akan naik lif hingga tingkat 8, kemudian naik tangga lagi 2 tingkat,bagi pendapat kawan-kawan semua,agak-agak kenapa budak tu buat macam tu?
Jawapan : Sebab budak ni pendek, tak sampai nak picit tingkat 10..he he he

Soalan 4 :Apakah dia naik cepat tapi turun laaaaaaaaaabaaaaaaaat sangat?
Jawapan :Hingus Lolly...he he he


Soalan 5 :Banyak-banyak surat apa yang tak perlu jawab?
Jawapan :Suratan Takdir

Soalan 6 :Kenapa baju superman ketat?
Jawapan :sebab baju bersaiz S dimana ia tertera dengan megah di dada beliau..he he he